MENTERI Luar Cuba, Bruno Rodriguez Parrilla berkata keputusan Amerika Syarikat (AS) memasukkan semula negara itu dalam senarai penaja keganasan sebagai tindakan sinis dan hipokrit serta menuduh Washington sengaja mengambil kesempatan, lapor Agensi Berita Sputnik.
“Kami mengutuk tindakan sinis dan hipokrit dengan menyenaraikan Cuba sebagai negara penaja keganasan, seperti yang dibuat oleh AS,” tulis menteri itu di Twitter.
“Ia berunsur politik dan oportunisme, satu tindakan diakui oleh semua pihak yang benar-benar bimbang serta mengambil berat terhadap keganasan dan yang menjadi mangsa,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Negara Mike Pompeo dalam satu kenyataan berkata AS telah memasukkan Cuba ke dalam senarai Negara Penaja Keganasan. – BERNAMA