JABATAN Perangkaan Malaysia, (DOSM), agendi di bawah Kementerian Ekonomi telah mengesahkan kira-kira 798,528 individu telah berjaya mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama, PADU setakat semalam.
Menerusi hantaran di X, DOSM menyatakan warga Selangor, Johor dan Sarawak menjadi negeri paling ramai setakat ini yang mendaftar dengan PADU.
DOSM turut berkongsi infografik yang mengandungi statistik terkini menunjukkan
seramai 182,943 individu telah mendaftar dengan PADU di Selangor, diikuti Johor, 85,975 dan Sarawak, 72,775.
PADU yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu membuka pendaftaran sejurus pelancaran sehingga hingga 31 Mac ini.
Pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.
Sistem PADU bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.- WILAYAHKU