Biz

GrabMart peluang peniaga kecil lebarkan sayap perniagaan

ZAKARIA mengusahakan perniagaan import daging lembu secara atas talian menerusi GrabMart. ZAKARIA mengusahakan perniagaan import daging lembu secara atas talian menerusi GrabMart.
- Diterbit 10 Mei 2021 12:30 PM MYT

TIDAK dinafikan, perkembangan teknologi pada awalnya menggerunkan banyak pihak terutama mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan.

Namun, hari ini teknologi yang digerunkan itu membantu memperluaskan peluang pekerjaan dan menjana kembali ekonomi yang semakin merundum akibat penularan wabak serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, kesukaran yang dialami sepanjang tempoh ini menjadikan perniagaan fizikal beralih kepada platform atas talian (online) seperti GrabMart dan GrabFood.

Aplikasi itu juga membolehkan peniaga kecil berjaya mengekalkan kewujudan mereka dalam kalangan masyarakat.

Menerusi inisiatif Grab’s #TechUntukSemua yang bersifat menyeluruh dan teknologi tanpa batas supaya tiada yang tercicir, Grab komited membantu kumpulan peniaga menyelami teknologi bagi mengukuhkan perniagaan yang dijalankan.

Seperti peniaga ‘tradisional’ di Pasar Batu Lanchang, Pulau Pinang yang kini beralih ke perniagaan atas talian, Zakaria Allaham, 61, membuktikan teknologi digital membantu mereka mengukuhkan kehidupan dan pendapatan.

Menurutnya, sebagai pendatang baru dalam bidang pengimportan daging lembu, pastinya dia perlu belajar setiap perkara berkaitan bisnes tersebut termasuk perbezaan potongan sehingga gred daging.

“Pada asalnya, saya berkhidmat sebagai kerani di sebuah bengkel kenderaan sebelum berhenti untuk memberi fokus sepenuhnya pada perniagaan mengimport daging lembu dari Thailand.

“Permulaan berniaga, saya membuka gerai di Pasar Batu Lanchang. Ketika itu, saya bertugas sebagai kerani di sebelah pagi dan potong daging di sebelah petang,” kata Zakaria yang meneruskannya sehingga tempoh lima tahun.

Pelaksanaan PKP pastinya tidak mengetepikannya daripada turut terkesan dalam penurunan jualan, malah sepanjang tempoh itu jualannya merosot sehingga 70 peratus.

Justeru, bagi mengatasinya, dia menyertai kumpulan WhatsApp peniaga kecil dan mula mendapatkan tempahan.

Bagaimanapun, Zakaria menyedari bahawa dia perlu melakukan sesuatu bagi mendapatkan lebih tempahan dan akhirnya menyertai GrabMart yang lebih memudahkan kerana penghantaran menerusi pihak Grab.

Bercerita tentang digitalisasi, ujarnya, kebanyakan peniaga seusianya tidak yakin dengan perniagaan menerusi aplikasi.

“Ia perlu dicuba supaya kita (warga emas) tidak ketinggalan di belakang. Apabila melakukan bisnes atas talian, kita akan mudah diakses pembeli.

“Oleh itu, tidak terlambat untuk kita mempelajari perkara baharu. Bagi saya, teknologi adalah penyelamat perniagaan,” jelasnya sambil menyeru rakan-rakan peniaga seusianya untuk mempelajari teknologi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas