Berita

Gempa bumi lemah 3.1 skala Richter gegarkan Ranau, Sabah

- Diterbit 17 Disember 2024 1:50 PM MYT

GEMPA bumi lemah bermagnitud 3.1 skala Richter telah berlaku di Ranau, Sabah pada jam 10.01 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu berada di kedudukan 6.0 darjah dari arah utara dan 116.6 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer iaitu kira-kira 14 kilometer Barat Ranau.

“Gegaran mungkin dirasai sekitar Ranau, Sabah. MetMalaysia memohon mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi dapat mengisi borang soal selidik,”
ujar MetMalaysia dalam kenyataan di facebook.

Sementara itu borang soal selidik juga boleh di dapati di akaun facebook MetMalaysia.

Semalam, gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter turut berlaku

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas