GEMPA bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Samar, Filipina pada pukul 8.03 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 51 kilometer barat dari Calbayog City, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.
Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – BERNAMA