Selebriti

Gelagat NUBHAN jadi ‘Leha Bohsia’ menghiburkan

|Gelagat Nubhan menyolek isterinya menghiburkan netizen|Gurauan senda yang Nubhan amalkan dalam rumah tangga menjadi inspirasi|Keluarga bahagia Nubhan
- Diterbit 7 Jun 2020 2:41 AM MYT

MACAM-macam gelagat masyarakat yang kita dengar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjalan.

Antaranya, sebelum ini kita terhibur dengan gelagat seorang suami dan anak-anak lelaki memakai baju kelawar ibunya.

Tidak kurang juga, ada yang menjadikan sebahagian ucapan Perdana Menteri iaitu ‘sana-sini’ dijadikan lagu rap. 

Terbaharu, penyanyi Nubhan Ahamad, 34, bertukar menjadi Leha Bohsia yang terpaksa melakukan kerja separuh masa iaitu sebagai  jurumekap disebabkan arahan PKP. 

Gelagat Nubhan menyolek isterinya menghiburkan netizen

Gelagat lucu Nubhan yang menyolek isterinya sendiri, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek,31,  cukup membuatkan ramai netizen terhibur. 

Ini secara tidak langsung, video kemesraan pasangan bahagia yang dimuat naik di instagram @nubhan.ahamad ini menjadi inspirasi kepada netizen-netizen. 

Iyalah, kalau asyik serius saja, hidup pun tidak seronok. 

Bagi mereka, PKP adalah waktu untuk suami isteri meluangkan masa berkualiti setelah sibuk bekerja sebelum ini. 

Gurauan senda yang Nubhan amalkan dalam rumah tangga menjadi inspirasi

“Suka tengok family ni. Laki bini memang selamba dan sporting. Background sepah macam mana pun, dorang rileks je,” ujar izzati.azizan.

“Kelakar laa.. Tak tahan laa asyik gelak jee”, kata @dhiyaa_alyssa.

“Tak ponah (pernah) miss tengok gelagat korang. Hai Leha Bohsia, parah laaa..” Komen  @noorazilawatimohd.

“My favourite couple on earth,” ujar @_addin. 

“So sweet laa depa suami isteri. Moga berbahagia hingga ke syurga,” doa @pyjamas.cantik. 

“Hilang stres tengok mereka ni,” puji  @mfreda87.

Nubhan dan isterinya Afifah Hidayah kini bahagia bersama anak mereka Aafiya Kamilia,3, dan Ahmad Aaffan berusia setahun.

Itulah antara kata pujian buat pasangan bahagia ini yang menjadi inspirasi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas