Berita

Filem Kiah Pekasam buat Che Ta teruja!

Printed Square Scarves sempena Aidilfitri.
- Diterbit 3 Mei 2021 10:00 PM MYT

SEBUT sahaja Kiah Pekasam pasti ramai akan terbayangkan wajah pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.

Apa yang menarik, drama bersiri Kiah Pekasam yang pernah disiarkan selama tiga musim ini akan diterbitkan dalam versi filem terbitan Zeel Production.

“Sudah 11 tahun usia naskhah Kiah Pekasam yang melonjakkan nama saya. Daripada tiga musim drama ke beberapa siri telefilem, ia akhirnya direalisasikan ke bentuk filem pula.

“Insya-Allah 8 Mei ini saya akan ke Perlis untuk memulakan penggambaran. Memang produksi nak kejar momen musim mangga harum manis di sana

“Penggambaran filem itu akan berehat seketika memberi laluan kepada sambutan lebaran dijangka 13 Mei nanti. Pelakon asal juga akan berlakon termasuk suami saya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi Assalamualaikum Mustafa terbitan Country Universal Sdn Bhd di samping Kazar dan Syazwan Zulkifly.

CHE Ta baru sahaja melancarkan koleksi tudung, Printed Square Scarves sempena Aidilfitri.

Che Ta juga meluahkan rasa terima kasih kepada para peniaga bazar Ramadan yang sering memberi juadah berbuka secara percuma.

“Macam saat melunaskan penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa di Kuang, Selangor, saya bersama Feroz Loy (pengarah) dan kru sempat singgah ke bazar.

“Malah saya beruntung, ada peniaga di bazar memberikan juadah mereka secara percuma. Roti John, murtabak dan kuih muih antara kesukaan saya.

“Tapi kalau buka puasa, wajib makan nasi. Tekak memang nak makan nasi,” katanya yang baru sahaja melancarkan koleksi tudung, Printed Square Scarves sempena Aidilfitri, baru-baru ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas