REAKSI PENONTON

“SCENE yang paling best ketika Anwar dalam penjara, beliau terkenangkan kisah kanak-kanaknya.
“Anwar curi buah pala. Ibunya berpesan jangan mencuri walaupun kepunyaan bangsa lain seperti Cina, India. Apatah lagi sesama Melayu.
“Scene itu mengajar kita agar melawan rasuah dan jangan mencuri hak orang lain.” – Haikal Isa

“FILEM ini adalah kisah yang tak pernah diceritakan di mana rakyat tidak pernah tahu tentang perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya suka jalan ceritanya, babak-babak yang dipaparkan tidak meleret, senang penonton nak faham dan garapan cerita sesuai dengan apa yang mahu ditonjolkan iaitu perjuangan Anwar. Banyak dipaparkan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Di sebaliknya kita dapat tengok macam mana babak-babak itu disulami dengan emosi, air mata, yang mana orang paling setia di sisinya adalah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.” – Sudirman

“SAYA tertarik dengan lagu tema Menjaga Cintamu yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Selain kemerduan suara Siti yang berjaya memukau pendengar, mesej lagu tersebut menggambarkan kesetiaan dan ketabahan hati seorang isteri.
“Hebatnya kesetiaan seorang isteri digambarkan dalam lagu tersebut yang turut dipaparkan dalam filem Anwar: The Untold Story.” – Ika Mazlan

“BAGI saya, scene paling mendebarkan apabila Anwar dipukul beberapa kali dalam tahanan, sekali gus dipisahkan daripada keluarga yang tidak tahu di mana beliau berada membuatkan hati digamit sayu.
“Scene itu sangat menyentuh jiwa kerana siapa boleh tahan air mata kalau isu yang melibatkan keluarga yang menderita dipaparkan.” – Hanisah
-WILAYAHKU