Berita

FEDTRI YAHYA Kemalangan Jalan Raya

FEDTRI mengalami banyak kecederaan pada muka
- Diterbit 16 September 2020 10:04 PM MYT

PENGACARA dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya,39,  terlibat dalam kemalangan malam tadi. 

Menerusi instagramnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail,35, memohon orang ramai mendoakan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. 

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. 

“Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulisnya di instagram.

Rata wargamaya dan teman-teman artis turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Wany Hasrita, Zahiril Adzim, Hafiz Hamidun, Bob Yusof, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Sama-sama kita doakan agar Fedtri Yahya kembali sihat seperti sedia kala. Amin.. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas