Berita

SYIFA MELVIN Perjelas Hubungan SAFAWI RASID Dan Rahsia Jadi Jutawan

- Diterbit 16 September 2020 11:29 PM MYT

PENCAPAIAN yang sangat membanggakan dan boleh menjadi contoh kepada anak-anak muda apabila empat adik – beradik The Melvins kini bergelar jutawan dalam tempoh setahun. 

Mereka ialah Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin yang mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins. 

Terbaru, semalam mereka melancarkan produk Hijab Mata Kekasih iaitu maskara yang cukup laris di pasaran.

Memiliki lebih 5000 stokis di seluruh negara, Kekasih by The Melvins sudah membantu ramai wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan pelajar.

Selain cerita jutawan adik-beradik yang menjadi perbualan, kisah hubungan Syifa Melvin,26, dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim FC, Safawi Rasid,23, juga sungguh hangat diperkatakan. 

Adakah Syifa dan Safawi betul- betul bercinta? Sejauh manakah hubungan rapat mereka? 

Syifa juga bercerita tentang cabaran hubungan jarak jauh dengan Sapawi. 

Jom ikuti temu bual Wilayahku bersama Syifa Melvin. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas