Selebriti

Fara Fauzana kembali ke konti Hot FM

FARA Fauzana (tengah) bersama AG dan Fad
- Diterbit 30 Julai 2021 4:56 AM MYT

RINDU peminat terubat apabila Fara Fauzana kini kembali menjadi penyampai radio di stesen Hot FM setelah lima tahun meninggalkan dunia penyiaran radio.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Nazri Noran menerusi satu posting video di Instagram semalam.

“Dengan ini saya nak buat pengumuman show pagi yang akan ditetapkan adalah AG dan Fad akan dikekalkan.

“Berkenaan orang ketiga, saya perlukan seseorang untuk beritahu,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan juga, Fara Fauzana telah membuat kejutan apabila masuk ke konti radio dengan memakai topeng sehingga mengejutkan kedua-dua penyampai berkenaan.

Ketiga-tiga penyampai berkenaan menggantikan tiga orang penyampai sebelum ini iaitu Fizie, Mark Adam dan Riena Diana yang mengendalikan slot Geng Pagi Hot. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas