Biz

Eskayvie Nexus bantu 7000 usahawan yang terkesan akibat pandemik COVID-19

Kartika Wati Mohamed sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh ramai usahawan sepanjang pandemik COVID-19.
- Diterbit 4 Oktober 2021 4:03 AM MYT

PANDEMIK COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia memberi impak besar hingga ramai yang kehilangan kerja dan terputus rezeki.

Namun kehadiran produk suplemen 4 dalam 1, Eskayvie Diffenz keluaran syarikat bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd dilancarkan awal tahun ini bukan sahaja dilihat sebagai ikhtiar menguatkan sistem imun, bahkan turut membuka rezeki kepada ramai orang untuk menjana pendapatan.

Menyedari manfaat Cendawan Susu Harimau yang menjadi salah satu ramuan penting terhadap produk Eskayvie Diffenz, ramai pengguna mula berkongsi kebaikan yang diperolehi.

Ini sekali gus memberi peluang perniagaan terutamanya bagi mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan berikutan banyak sektor ekonomi yang terpaksa ditutup kerana pandemik itu.

Menurut Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd, Kartika Wati Mohamed, produk keluaran Eskayvie bukan hanya selamat diguna, malah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Malah turut mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita juga buka ruang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tanpa modal, tanpa perlu simpan stok dan tanpa perlu menguruskan penghantaran barangan.

“Latihan jualan dan pemasaran diberikan secara percuma bagi membantu usahawan baru mencapai jualan sekurang-kurangya RM1,000 dalam masa tujuh hari.

“Perniagaan ini boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu memiliki kedai. Sehingga Ogos lalu, seramai 7000 usahawan telah dibantu dan ramai dari mereka telah berjaya meraih pendapatan bersih lima angka sebulan,” kata Kartika Wati.

PENGARAH Urusan Eskayvie Sdn Bhd, Kartika Wati Mohamed sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh ramai usahawan sepanjang pandemik COVID-19.

Katanya lagi, ramai yang kehilangan pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tercari-cari peluang membangunkan semula ekonomi sudah memulakan langkah dengan mengambil peluang menjadi wakil pengedar Eskayvie.

“Di antaranya termasuklah Puan Nurshirley Kamalia Abdullah, 42, bergelar ibu kepada dua anak yang terpaksa menutup perniagaan kereta sewa yang diusahakan lebih 15 tahun akibat pandemik sehingga hilang punca pendapatan.

“Pantang menyerah kepada keadaan, dia menyertai Eskayvie Nexus untuk meneruskan kehidupan bagi menampung kerugian besar yang dialami.

“Namun kini, dia mampu membuat jualan sehingga RM550,000 sebulan dengan hanya menjadi wakil pengedar produk kami,” katanya.

Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik sekaligus keluar daripada kemelut ekonomi ini.

“Kita Ikhtiar untuk kesihatan diri dan bantu ekonomi keluarga.

“Boleh layari www.eskayvie.com atau www.diffenz.com untuk maklumat lanjut,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas