SEORANG ibu tunggal Koh Kim Keok di Kota Bharu, Kelantan tidak dapat menahan sebaknya dan menangis kegembiraan apabila pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew hadir memberikan bantuan.
Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta Perodua Myvi, dan sebuah tablet serta sedikit duit belanja.
“Ziarah ibu tunggal chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai.
“Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat info yang keluarga ini susah dan dah lama tiada makan besar dan tiada sambutan tahun baru cina.
“Walau chinese non muslim tapi dia kenal saya. Katanya selalu berdoa nak jumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba ada depan mata,” luah Ebit Lew yang turut bersimpati dengan ibu tunggal ini yang membesarkan anak-anak seorang diri setelah kematian suami.

Lebih menyedihkan, anak perempuannya terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu menanggung kos pengajian.
“Selepas kematian suami, kakak ini besarkan anak yang ramai seorang diri dengan kerja kedai kopi chinese. Masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) gaji sehari RM 20. Dulu RM 30. Sebulan dapat RM 600.
“Anak yang baju merah tu memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang.
“Anak perempuan berhenti belajar Nursing kerana tiada duit untuk bayar ada yuran RM800. Sedih lak dengar. Mula kerja kedai makan bantu keluarga. Saya cadangkan untuk sambung belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.
“Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat,” ujarnya Ebit Lew menerusi Facebook miliknya.

Ebit Lew jugak menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang sentiasa prihatin.
“Terima kasih JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) ada beri duit bulanan. Terima kasih YB dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua.
“Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua,” jelas Ebit Lew yang terdahulu bersetuju menaja sepenuhnya kos pengajian pelajar cemerlang di Tumpat, Kelantan, Nurul Asma Alya Mohd Zainal bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perakaunan.
Semoga usaha Ebit Lew ini menjadi inspirasi buat masyarakat Malaysia. – WILAYAHKU