Berita

Dua sekolah di Labuan diarah tutup

|
- Diterbit 14 Oktober 2020 1:41 PM MYT

DUA buah sekolah di Labuan telah diberikan notis arahan penutupan susulan terdapat pelajar di sekolah berkenaan positif COVID-19.

Difahamkan, sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai dan Sekolah Kebangsaan Kerupang.

Kedua-dua sekolah akan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Oktober.

Menurut sumber, pelajar di sekolah berkenaan didapati positif COVID-19 melalui kontak rapat.

Hasil tinjauan Wilayahku di kedua-dua sekolah tersebut mendapati kesemua pelajar, guru serta kakitangan pentadbiran telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Jabatan Kesihatan Labuan serta sedang menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, ia merupakan penutupan sekolah yang kedua dibuat selepas SMK Mutiara yang diarah tutup pada 8 Oktober lalu.

Sebagai rekod, hari ini Labuan mencatatkan lapan kes baharu positif COVID-19 dan secara keseluruhannya mencatatkan sejumlah kumulatif 86 kes. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas