Selebriti

Dua madu bekas bintang bola sepak lagenda berkelahi di restoran

- Diterbit 23 Januari 2023 11:33 AM MYT

MENGEMPARKAN apabila dua madu bekas pemain bola sepak lagenda popular berkelahi di sebuah restoran.

Sebelum ini dia mencetuskan kontroversi apabila berkahwin kali kedua.

Difahamkan, pertelingkahan antara isteri pertama dan keduanya itu disebabkan salah faham yang terjadi antara mereka.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu hari ini.

“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.

Sumber: Boom Malaysia

Foto: Internet

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas