Berita

Dua lelaki berebut takhta zakar terbesar dunia

ROBERTO Esquivel Cabrera mencabar saiz kemaluan terpanjang dengan Jonah Falcon (kiri).
- Diterbit 8 Ogos 2021 5:51 AM MYT

DI Mexico, seorang lelaki yang memegang rekod tidak rasmi iaitu ‘zakar paling panjang’ dikatakan boleh melenyapkan persaingan daripada seorang lelaki Mexico berdasarkan imej 3D.

Takhta itu pernah disandang oleh Jonah Falcon yang mempunyai ukuran kemaluan sepanjang 13.5 inci.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Falcon langsung tidak berasa terancam dengan Roberto Cabrera yang dikatakan mempunyai rekod itu.

Falcon yang dikatakan memegang rekod tidak rasmi selama 20 tahun memberitahu Men’s Health, orang ramai hanya perlu melihat imbasan CAT kemaluannya bagi membuktikan saiz tersebut.

Falcon juga mendedahkan dia rimas dengan orang ramai yang kerap mahu mengukur saiz zakarnya di hadapan mereka serta menggelarnya sebagai bodoh.

“Saya sakit dan penat dengan permintaan orang ramai yang mahu mengukur 10,000 kali di depan mereka,” luahnya.

Malah, dia pernah melalui pengalaman apabila ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang kerana saiz kemaluan yang terlalu membojol.

Namun Falcon memahami tugas mereka  yang perlu melakukan pemeriksaan terhadap sesuatu yang boleh menimbulkan keraguan.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas