Berita

Dragon of Prosperity hiasi ruang KLCC

- Diterbit 29 Januari 2024 12:54 PM MYT

BERSEMPENA Tahun Baru Cina, Suria KLCC menghiasi ruangan tengah pusat beli-belah tersebut dengan pameran zaman kegemilangan Old Shanghai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, pameran yang berlangsung pada 12 Januari sehingga 18 Februari ini membawa reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai Paris of the Orient.

“Ruang Centre Court Suria KLCC mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional. Antara pengalaman menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam.

“Selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan,” katanya ia turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai prop mengambil gambar.

Francis berkata Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 60 kaki yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’.

“Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada pukul 5 petang di Esplanade KLCC dan tarian naga di ruang Centre Court setiap hari Sabtu pada pukul 2 petang sepanjang tempoh kempen.

“Tahun Baharu Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan, ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat serta budaya dan di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era Old Shanghai,” ujarnya.

Tambahnya, para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah eksklusif Suria KLCC.

Kemeriahan tidak terhenti di situ apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100 dan tawaran ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

“Rakam detik indah di Festive Photobooth di mana para pengunjung boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. Peluang mengabadikan detik indah sambutan juga disediakan di ruang masuk Centre Court, Esplanade KLCC; Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi Instagram worthy.

“Para pelanggan yang membeli Suria Ribbon Pin berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. Pada hujung minggu, para pelanggan juga berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian Suria Ribbon Pin,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas