Berita

DNB diberi masa seminggu kemuka rancangan perniagaan baharu

- Diterbit 6 Disember 2024 5:37 PM MYT

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Digital Nasional Bhd (DNB) telah diberikan masa seminggu untuk mengemukakan perancangan perniagaan yang baharu susulan kelewatan projek rangkaian kedua 5G.

Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata tempoh masa itu diberikan kepada DNB susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek itu bergerak dengan pantas.

“Mereka mohon sehingga Januari tetapi Perdana Menteri minta diberikan pada bulan ini,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi.

Menurut Fahmi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan buat masa ini hanya U Mobile Sdn Bhd sudah memberikan perancangan perniagaan yang baharu.

Sementara itu, Fahmi berkata berhubung MyDigital ID, Anwar juga mahu projek itu disegerakan dan memaklumkan dalam masa dua minggu, satu keputusan akan dibuat untuk memaklumkan tindakan apa yang akan dilakukan untuk meningkatkan jumlah pendaftaran pengguna.

Beliau berkata setakat semalam jumlah pengguna yang berdaftar di MyDigital ID adalah seramai 1.319 juta orang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas