BAGI mengekang penyebaran wabak Covid-19, pihak masjid dan surau di sekitar ibu kota mengambil langkah melaksanakan proses membasmi disinfeksi atau nyahkuman.
Tinjauan Wilayahku di Surau Darul Islam, Jalan Tun Razak hari ini menyaksikan pengurusan surau itu menggunakan khidmat syarikat Bug Ezz Pest Resources untuk menjalankan kerja-kerja disinfeksi di dalam dan sekitar surau itu.
Bagi mengelakkan penyebaran wabak Covid-19 dan keselesaan jemaah, pihak surau sanggup mengeluarkan wang tabung surau untuk melaksanakan proses nyahkuman itu.
Sehingga kini, kesemua 88 buah masjid dan 109 surau di Wilayah Persekutuan ditutup kepada orang ramai mendirikan solat berjemaah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.





