Selebriti

Disindir terpaling ibu, Uyaina Arshad tak ambil kisah

- Diterbit 1 Jun 2023 3:30 AM MYT

“APA pun orang cakap, saya tidak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, terpulang.”

Demikian jawapan pengacara, Uyaina Arshad apabila ada segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakannya yang sering berkongsi pengalaman pertama kali menjadi ibu.

Jelas Uyaina, dia hanya melihat dari sudut positif apabila ramai kaum ibu yang turut sama berkongsi pengalaman masing-masing terutama ketika dia berkongsi perihal tongue-tie yang dialami anaknya, Raja Urhan.

“Kita buat macam mana pun, ada sahaja yang tak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana. Tak apalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baharu.

“Saya tak perlu ambil peduli pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya. Bila saya kongsi tentang tongue-tie itu, ramai ibu yang bercerita tentang pengalaman masing-masing.

“Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tidak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tidak kisah,” ujarnya.

Uyaina ditemui selepas majlis pengumuman duta baharu, Herbs Of Gold yang menampilkan pengacara itu sebagai selebriti tempatan pertama yang menerima pengiktirafan itu.

Bercakap tentang pelantikan sebagai duta, isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran itu tidak mengambil masa lama untuk bersetuju terutama selepas mencuba sendiri produk keluaran Australia itu.

“Saya tidak akan terima tawaran duta sesebuah produk jika diri sendiri tidak pernah cuba. Saya juga seorang yang sangat mementingkan gaya hidup dan amalan sihat.

“Dalam pada masa sama, Herbs Of Gold adalah satu jenama antarabangsa yang dipercayai dan terdapat di lebih 200 cawangan Caring Pharmachy seluruh dunia. Tiada sebab untuk saya tolak.

“Saya juga merupakan seorang yang aktif dan demi mengekalkan stamina, saya perlu ambil suplemen kesihatan yang diiktraf,” kongsinya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas