Selebriti

Difitnah makan duit haram, “saya kecil hati, kecewa” – Zara Zya

- Diterbit 6 Julai 2021 9:51 AM MYT

HATI siapa tidak kecewa apabila niat ikhlas ingin membantu dan meringankan beban orang lain disalah erti oleh pihal yang tidak bertanggungjawab.

Sedangkan sejak dari dulu lagi Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin,35, memang terkenal dengan usahanya melakukan kerja-kerja amal.

“Saya kecil hati, saya kecewa sebab apa yang saya tahu saya buat kerana ikhlas. Saya memang suka tolong orang. Saya suka kongsi rezeki dengan orang. Dari dekat sekolah sampailah sekarang.

“Jadi sampailah sekarang saya gunakan nama saya Zara Zya untuk ajak orang ramai sama-sama buat kebaikan dan kebajikan. Saya nak bantu lebih ramai orang. Duit saya sendiri tak cukup untuk semua orang.

“Bila saya buka laman web Malaysiaprihatin, orang tuduh saya macam-macam. Makan duit haramlah, ambil hak dan rezeki orang lainlah,” katanya sambil menangis menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya malam tadi.

Dalam hantaran video berdurasi hampir satu jam tersebut, Zara tidak faham dengan sikap sesetengah penyumbang yang meragui wang bantuan yang diagihkan.

“Mereka bagi sumbangan akan dapat resit. Saya tahu laman web itu baru dibuka. Demi Allah sumbangan itu bukan untuk saya tetapi untuk orang lain. Kalau boleh keluar jauh saya mahu jumpa lebih ramai orang tetapi keadaan yang tak mengizinkan, sekarang masih Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya dah buat macam-macam tapi orang tetap tak nak support (sokong) saya. Kenapa? Bukan senang saya nak buat laman web tersebut.

“Bukan senang juga saya nak dapat dan kumpulkan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya ada hingga kini,” katanya lagi.

Terdahulu, Zara berbekalkan modal simpanannya sendiri mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web, www.malaysiaprihatin.com pada tahun bertujuan menyediakan platform sah dan telus untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan.

Jom sama-sama sokong niat murni Zara Zya dalam membantu mereka yang memerlukan. – WILAYAH

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas