Berita

Dicarut Binatang Bab*, KHIRIAH Tegur Netizen

NORKHIRIAH menasihati netizen agar menjaga adab di media sosial
- Diterbit 7 September 2020 12:51 AM MYT

PELAKON hebat Nor Khiriah meluahkan rasa terkilannya apabila terdapat individu melemparkan perkataan binatang yang haram dimakan bagi orang Islam iaitu bab* kepadanya melalui ruangan mesej di instagramnya.

Khiriah juga berharap individu tersebut jaga tingkah laku atau adab dalam media sosial. 

“Akak tak marah pun. Kelakor Mat ni. Barang kali dia sakit hati umah dia xdok (tak ada) air. 

“Okay satgi (sekejap lagi) akak delete cuma pesanan akak, jaga jari, mental, fizikal dari hari-hari tambah dosa.

“Akak okay dik. Akak maafkan ko. Dah gi Mandi,” tulis Khiriah di instagramnya. 

Ramai selebriti meninggalkan komen dan bersetuju dengan tindakan Khiriah menyiarkan perbuatan biadap individu tersebut.

“Saya pun dapat dari orang yang sama kak,” kata pengacara Fiza Shabjahan.

“Kak Zila pun dapat macam tu, tapi kak Zila dah delete dan block,” luah pelakon Zila Bakarin.

“Dia nak makan daging tu,” kata pengacara Iesya Toh.

Rata-rata peminat kurang senang apabila individu tersebut menggunakan nama seniman hebat, Tan Sri P.Ramlee untuk melakukan perkara yang negatif. 

Walaubagaimanapun, selepas satu jam Khiriah memadam kembali hantaran (posting) itu kerana tujuannya hanya mahu memberi pengajaran kepada individu tersebut. 

Dari satu sudut, tindakan Khiriah wajar dicontohi kerana terlalu ramai yang sewenang-wenangnya menyebarkan aura negatif dalam media sosial.

Media sosial sepatutnya digunakan untuk menyebarkan kebaikan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas