Selebriti

Detik Bahagia Tomok dan Nadzmi

||||
- Diterbit 5 Jun 2020 9:36 AM MYT

Kegembiraan yang berganda-ganda buat penyanyi Tomok dan pelakon Nadzmi Adhwa yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang comel.

Jika sebelum ini hanyalah impian, kini impian Tomok untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan apabila isterinya, Rahayu Abas telah selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiga mereka, semalam (4 Jun 2020). 

INILAH bayi perempuan comel Tomok an Ayu
COMELNYA bayi perempuan Tomok dan Ayu

Tomok berkongsi detik bahagia di Instagram dengan memuat naik gambar anaknya yang dilahirkan secara normal di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan hari ini. Terima kasih Allah, terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya,” katanya yang bersyukur dengan kelahiran bayi seberat tiga kilogram itu.

Keluarga bahagia Tomok
KELUARGA bahagia Tomok

Tomok dan Rahayu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

Manakala Nadzmi dan isterinya Ardell Aryana juga dikurniakan cahaya mata sulung  hari ini. 

Ardell selamat melahirkan bayi seberat 2.67 kilogram di sebuah hospital swasta, selepas berjuang menahan kesakitan selama 16 jam.

NADZMI bersyukur isteri selamat lahirkan anak sulung mereka
NADZMI bersyukur isteri selamat melahirkan anak sulung mereka

Luah Nadzmi di Instagram, “Alhamdulillah. terima kasih Allah. Terima kasih kepada keluarga kami yang tak tidur Tak lekang mendoakan kami.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan saya. Sedih, sayu dan gembira semuanya bercampur baur apabila melihat kesakitan dan perjuangan isteri,” katanya yang akan mengumumkan jantina dan nama anak selepas tujuh hari dilahirkan. 

NADZMI dan Ardell bertambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata
NADZMI dan Ardell bertambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata

Nadzmi dan Ardell berkahwin pada 1 September 2019 setelah hubungan kawan baik akhirnya bertukar menjadi cinta. 

Wilayahku doakan Tomok dan Nadzmi menjadi ayah mithali dan membesarkan anak dengan baik. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas