Berita

DBKL tangguh kuatkuasa larangan penjualan liquor untuk perbincangan lanjut- Shahidan

Gambar: Kementerian Wilayah Persekutuan
- Diterbit 7 Oktober 2021 7:18 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan tarikah kuatkuasa larangan liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina sehingga 31 Oktober ini bagi memberikan ruang untuk perbincangan bersama pihak yang berkepentingan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu diambil bagi mencapai kata sepakat dengan semua pemegang taruh sebelum penguatkuasaan larangan tersebut dilaksanakan.

Saya membuat beberapa perjumpaan dan telah melibatkan Ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) kerana berminat dengan mengenai perkara ini dan ia belum tamat kerana saya tangguh pengguatkuasaannya sehingga 31 Oktober ini.

“Kita kena fikir (kepentingan) orang yang nak jual sahaja, kita juga kena fikir tentang orang yang nak beli. Kerajaan Keluarga Malaysia menghormati semua pihak samada orang Islam atau bukan orang Islam,” katanya pada Sesi pertanyaan Menteri di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukan oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai langkah yang diambil DBKL untuk mengangguhkan larangan penualan liquor dan minuman keras di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina di Kuala Lumpur sehingga 31 Oktober ini.

Menjelas lanjut, Shahidan menegaskan bahawa pihaknya akan meneruskan perjumpaan dengan semua pihak berkepentingan dan tidak akan membuat sebarang keputusan yang boleh menyebabkan mana-mana pihak tidak berpuas hati.

“Kita akan teruskan perjumpaan dengan semua pihak kerana saya tidak mahu membuat keputusan dalam keadaan YB (Teresa) terbuku di hati dan saya pun tidak seronok membuat keputusan.

“Biarlah sama-sama win-win lah dan ini kita buat keputusan. Jadi saya harap YB mengambil pendekatan yang lebih mudah kita bukan hendak mencari punca gaduh tetapi mencari helah untuk berkawa,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, rata-rata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat menyatakan kegusaran terhadap keselamatan mereka berikutan peningkatan masalah sosial disebabkan kemudahdapatan minum keras.

“NGO dan masyarakat tersebut tidak bersetuju dengan penjualan minuman keras yang dijual di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina kecuali yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Berpandukan kepada justifikasi ini, garis panduan baharu ini dikeluarkan untuk menghadkan kemudahdapatan minuman keras kepada orang Islam selain orang bukan Islam yang berumur di bawah 21 tahun,” katanya.

Tambahnya, walaupun larangan penjualan minuman keras ini dibuat di kedai-kedai runcit, serbaneka, masyarakat bukan Islam masih boleh mendapatkan minuman tersebut di lokasi yang dibenarkan seperti di hotel, pub, bar dan juga kedai runcit yang dikhususkan untuk menujual arak.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas