Berita

DBKL seru warga kota sertai Program Jom Bersih KL

DBKL menyeru warga kota bagi menyertai Program Jom Bersih KL.
- Diterbit 12 September 2023 9:34 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyeru warga kota bagi menyertai Program Jom Bersih KL yang akan diadakan pada 16 September nanti.

Program itu diadakan sempena dengan Sambutan ‘World Clean Up Day‘ dan Hari Malaysia 2023 yang akan berlangsung di Dataran DBKL bermula pukul 7.30 pagi.

DBKL dalam satu kenyataan berkata program tersebut turut diadakan di setiap kawasan parlimen di 10 lokasi yang lain.

“Antaranya di Batu bertempat di Taman Kok Lian, Kepong di Kepong Baru, Titiwangsa di Pasar Wirawati, Segambut di Taman Sejahtera dan Wangsa Maju di Kampung Sungai Mulia.

“Selain itu, Setiawangsa di sekitar Wangsa Link, Lembah Pantai di Taman Sri Sentosa, Seputeh di Jalan Radin Anum, Bandar Tun Razak di Lake Field dan Cheras di sekitar Taman Segar,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, Kaunter 1 Komuniti 1 Kitar Semula, kaunter kitar semula e-waste dan juga pameran alam sekitar. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas