Berita

DBKL cadang tukar nama elak kekeliruan

ANNUAR (kanan) mendengar ulasan Hannah (kiri) tentang Taman Rimba Kiara semasa membuat lawatan baru-baru ini.
- Diterbit 7 Ogos 2020 1:44 AM MYT

ADA apa pada nama…? cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menukar nama Taman Rimba Bukit Kiara kepada Taman Awam Bukit Kiara tidak persetujui Ahli Parlimen DAP Segambut Hannah Yeoh Tseow Suan dan penyokong-penyokongnya.

Mereka membangkitkan perkara tersebut ketika lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa ke kawasan rekreasi popular di pinggir ibu kota itu.

Menjawab persoalan tersebut, di hadapan media dengan Hannah Yeoh berdiri di sebelahnya, Annuar berkata, ada apa pada nama? beliau dipanggil Ayah Ngah di Kelantan, Annuar di KL, tapi orang yang sama sahaja.

Menurutnya, pertukaran nama tersebut itu berdasarkan cadangan daripada DBKL.

“Saya memberitahu DBKL bahawa ada prosedur yang mesti diikuti sebelum namanya dapat ditukar.

“Saranan itu harus diserahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan ia belum dilakukan,” katanya.

Annuar menjelaskan bahawa nama yang telah diputuskan dan digazetkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) sewaktu hak milik tanah dikeluarkan adalah Taman Rekreasi.

Terdahulu DBKL mengumumkan pada 29 Julai lalu bahawa taman tersebut telah diubah namanya menjadi Taman Awam Bukit Kiara dari Taman Rimba Kiara.

Pertukaran nama tersebut adalah mengelakkan kekeliruan dengan Taman Persekutuan Bukit Kiara di Jalan Abang Haji Openg yang diuruskan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN).

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas