Berita

Datuk Mahadi Che Ngah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur

- Diterbit 1 Oktober 2020 3:59 AM MYT

BEKAS Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang tamat kontrak selama dua tahun semalam.

Pengumuman tersebut dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa dalam sidang media khas sebentar tadi.

“Majlis Penyampaian Watikah akan diadakan esok (2 Oktober) pada pukul 10.30 pagi di DBKL,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas