Berita

COVID: 7,097 kes baharu, Selangor kekal catat kes tertinggi – KP Kesihatan

JUMLAH kumulatif kini meningkat kepada 799,790 kes. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 7 Julai 2021 9:09 AM MYT

KES baharu harian COVID-19 di negara ini kekal melebihi 7,000 kes untuk hari kedua berturut-turut apabila mencatatkan 7,097 kes hari ini berbanding 7,654 kes semalam.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dengan kes terbaharu itu, jumlah kumulatif kini meningkatkan kepada 799,790 kes.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 3,119 kes diikuti Kuala Lumpur (1,005); Negeri Sembilan (788); Melaka (358): Sarawak (289) dan Pahang dengan 258 kes.

Selain itu, Kedah mencatatkan 198 kes diikuti Perak (187); Pulau Pinang (140); Kelantan (123); Labuan (93); Terengganu (43); Putrajaya (26) dan Perlis dengan dua kes. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas