Berita

Tapak pembinaan catat kes positif di Kuala Lumpur diarah tutup

KEBANYAKAN kes positif COVID-19 di tapak pembinaan adalah berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 7 Julai 2021 8:56 AM MYT

KADAR peningkatan kes positif semakin membimbangkan terutama di dalam kawasan tapak pembinaan meskipun tidak semua kawasan di dalam Kuala Lumpur tidak diletakkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Justeru itu, bagi membendung peningkatan kes jangkitan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa melalui Pusat Pengurusan Krisis COVID-19 (CCMC) telah memutuskan untuk menutup mana-mana tapak pembinaan yang menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di bandaraya itu.

“CCMC WP (Wilayah Persekutuan) telah memutuskan tapak bina di WP yg menyumbang kepada kes positif COVID-19, hendaklah segera ditutup.

Pihak Jabatan kesihatan dan PBT hendaklah segera bertindak mengikut SOP sedia ada,” ciapnya di laman Twitternya hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi CCMC turut menegaskan agar penempatan pekerja di dalam kawasan tapak pembinaan juga harus ditutup tanpa sebarang alasan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas