Berita

COVID: 6,440 kes baharu direkodkan, jumlah kes kini 685,204 – KKM

KES baharu COVID-19 di seluruh negara meningkat dalam tempoh 24 jam lalu. Kredit foto oleh: BERNAMA KES baharu COVID-19 di seluruh negara meningkat dalam tempoh 24 jam lalu. Kredit foto oleh: BERNAMA
- Diterbit 18 Jun 2021 7:42 AM MYT

KES baharu COVID-19 di seluruh negara meningkat dalam tempoh 24 jam lalu apabila kembali merekodkan angka 6,000 dengan 6,440 kes berbanding 5,738 kes yang dicatatkan semalam.

Kes baharu itu menjadikan kumulatif kes kini 685,204.

Menurut hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi melibatkan 2,095 orang, diikuti Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816) dan Johor (592).

Selain itu, Sarawak mencatat sebanyak 536 kes, Perak (357), Melaka (223), Kelantan (200), Sabah (199), Kedah (159), Labuan (152), Pulau Pinang (122), Pahang (79), Terengganu (32), Putrajaya (enam) dan Perlis (dua). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas