Berita

COVID: 5,738 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam – KP Kesihatan

Sebanyak 5,738 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara pada hari ini. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 17 Jun 2021 7:57 AM MYT

SEBANYAK 5,738 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 588 kes berbanding 5,150 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian melibatkan 1,858 orang, diikuti Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641) dan Sarawak (559).

Selain itu, Johor mencatat sebanyak 449 kes, Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154), Labuan dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 97 kes, Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30), Putrajaya (tujuh) manakala Perlis tiada kes.  — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas