Berita

COVID: 5,671 kes baharu, Selangor kekal catat kes tertinggi – KP Kesihatan

PENERIMA vaksin dibantu beberapa sukarelawan ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena di Bukit Jalil yang mula beroperasi Isnin lalu dan mampu memuatkan kira-kira 4,000 individu secara berperingkat setiap hari. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 10 Jun 2021 9:12 AM MYT

SEJUMLAH 5,671 kes baharu COVID-19 direkod dalam tempoh 24 jam lepas, menurun berbanding 6,239 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,510 kes diikuti Kuala Lumpur (769); Sarawak (631); Negeri Sembilan (593); Johor (524); Kedah (309); Kelantan (262) dan Sabah (233).

Selain itu, Melaka merekodkan 184 kes; Pulau Pinang (166); Perak (143); Pahang (112); Terengganu (108); Labuan (106); Putrajaya (18); dan Perlis (tiga). — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas