Berita

COVID: 5 rakyat Malaysia antara 18 kes baharu di Singapura

SINGAPURA sedang menyediakan pelan hala tuju dan dijangka akan melaksanakan lebih banyak kelonggaran bagi membolehkan lima orang atau lebih makan bersama, bermula 12 Julai depan.
- Diterbit 2 Jun 2021 3:33 AM MYT

LIMA rakyat Malaysia adalah antara 18 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada 1 Jun, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu.

Tiga daripadanya mempunyai kaitan dengan tiga kluster berbeza sementara dua dikategorikan sebagai kes tidak berkaitan buat masa ini, memetik data kementerian yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Sehingga tengah hari Selasa, Singapura melaporkan sejumlah 62,069 kes, 43 kluster terbuka dengan yang terbesar melibatkan Terminal Lapangan Terbang Changi iaitu tiga kluster dan 108 kes.

Kini terdapat 217 pesakit masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil atau bertambah baik.

Sementara dua lagi pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan 11 lagi memerlukan sokongan oksigen.  – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas