Berita

COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 11,000 dua hari berturut-turut

- Diterbit 14 Januari 2021 10:35 AM MYT

INDONESIA mencatatkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 11,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 869,600 kes.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baharu COVID-19 di republik itu direkodkan tertinggi setakat ini iaitu 11,557 kes, selepas mencatatkan 11,278 kes semalam.

Jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini sebanyak 25,246 orang, selepas merekodkan 295 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 217,893 kes selepas mencatatkan 3,165 kes baharu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas