Berita

Covid-19: Catat 38 kes baharu, tiada kematian

PETUGAS kesihatan di Bilik Gerakan dan Khemah Saringan Covid-19 Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam. Gambar hiasan KKM
- Diterbit 26 April 2020 8:58 AM MYT

PUTRAJAYA – Hanya terdapat 38 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini selain tiada kematian baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu menjadikan 5,780 kes keseluruhan di negara ini.

“Dari jumlah itu 1,820 kes aktif dan boleh berjangkit namun pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, 100 pesakit disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Katanya, bilangan itu merupakan dua kali ganda dari jumlah kes baharu yang dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah 3,862 iaitu 66.8 peratus dari jumlah Covid-19 dilaporkan di negara ini.

“Seramai 35 pesakit ditempat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 15 darinya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, jumlah kematian setakat ini kekal 98 selepas tiada kes baharu dilaporkan.

“Inj menjadikan peratus kematian akibat Covid-19 kekal 1.7 peratus,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas