Berita

Covid-19: 30 kes baharu, satu kematian

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 5 Mei 2020 10:41 AM MYT

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini terus menurun dengan hari ini sebanyak 30 kes baharu dilaporkan.

Jumlah itu antara yang terendah dilaporkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan wabak itu mencecah 6,383 kes.

“21 daripada kes baharu itu dikesan dari kluster dan lokaliti kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan tiada kes import.

“Dari jumlah keseluruhan, sebanyak 1,710 kes aktif dan boleh berjangkit. Semua pesakit diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 83 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pesakit pulih 4,567 kes.

Peratusan pesakit pulih terus meningkat keada 71.55 dari keseluruhan kes dilaporkan.

“Sehingga kini, seramai 24 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lapan kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan satu kes kematian membabitkan lelaki berusia 47 tahun.

“Mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pukul 2.10 pagi tadi. Ini menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 106 kes,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas