Berita

Ujian swab pekerja asing demi keselamatan rakyat

ISMAIL Sabri
- Diterbit 5 Mei 2020 10:16 AM MYT

PUTRAJAYA – Proses ujian swab Covid-19 dilakukan ke atas pekerja asing adalah demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mengelakkan Malaysia menjadi seperti Singapura yang menyaksikan peningkatan kes positif Covid-19 akibat kluster pekerja asing.

Katanya, langkah saringan itu juga sejajar apabila negara mencatatkan peningkatan Covid-19 dua hari berturut-turut sebelum ini akibat pekerja asing di tapak pembinaan.

“Saya harap Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) faham apa dilakukan ini bagi menjaga kepentingan seluruh rakyat negara kita.

“Kalau berlaku Covid-19 dalam kalangan pekerja asing, kita akan tutup oepeaci syarikat atau perniagaan mereka,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas yang mempersoalkan saringan swab Covid-19 yang didakwa mengakibatkan majikan terpaksa menanggung kos kira-kira RM1. 5bilion sekiranya dilakukan ke atas semua pekerja berdaftar dengan mereka.

Ismail Sabri memberitahu, peringkat awal pelaksanaan swab Covid-19 itu akan dilakukan di tapak pembinaan bermula di Wilayah Persekutuan dan Selangor seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau turut menjelaskan 60 peratus pekerja asing adalah pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan ujian swab Covid-19 itu akan ditanggung oleh pertubuhan tersebut.

“Bagi saya, lebih baik buka kilang daripada ditutup. Perlu dibuat ujian pada pekerja mereka dengan positif Covid-19 akan diasingkan dan dirawat manakala negatif masih bekerja,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas