Berita

Coklat murah masa PKP, riangkan hati anak-anak

JOSHUA membelikan coklat yang dijual pada harga promosi untuk anak saudaranya di sebuah pasar raya di Labuan.
- Diterbit 9 April 2020 5:07 AM MYT

LABUAN – Meskipun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pekerja swasta tidak menghampakan permintaan anak saudaranya berusia 4 tahun yang menginginkan coklat.

Lelaki yang dikenali sebagai Joshua, 24, berkata, dia terdetik untuk membeli coklat apabila melihat promosi makanan itu di sebuah pasar raya.

“Dengan adanya promosi ini, ia meringankan beban pembeli kerana harganya murah.

“Makanan berasaskan coklat ini memang makanan kegemaran kanak- kanak. Memandangkan sekarang tempoh PKP, kita sebagai ibu bapa atau keluarga tidak boleh bawa mereka untuk membeli barangan yang mereka kehendaki,” katanya ketika ditemui hari ini.

PASAR RAYA mengadakan jualan promosi coklat ketika PKP.

Joshua berkata, sebelum arahan PKP, kanak-kanak boleh mengikuti ibu bapa ke pasar raya dan memilih barangan yang mereka mahu.

“Bila kita belikan makanan kesukaan anak-anak, sudah pasti mereka gembira walaupun sudah hampir sebulan tidak keluar rumah.

“Saya harap lebih banyak promosi barangan diadakan bagi meringankan beban masyarakat ketika tempoh PKP dijalankan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas