
CLIFF UMAR Juara GV7, MUSS Naib Juara, AYU Tempat Ketiga
WALAUPUN bukan peserta kegemaran ramai yang diramalkan sebagai pemenang utama, sudah tertulis rezeki Cliff Umar bergelar juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada konsert akhir malam tadi.
Cliff Umar yang membawa lagu Nakal,I’d Do Anything For Love duet bersama Noryn Aziz dan saingan battle Inilah Nasibku bersama Muss dan Oja.
Cliff yang membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi ini telah menewaskan enam peserta hebat lain.

SEMUA perserta memberikan persembahan yang bagus
Gelaran naib juara disandang oleh Muss dan Ayu Damit pula muncul pemenang tempat ketiga.
Manakala Noraniza Idris pula berada di tangga keempat dikuti, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira.
Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dab Jihan Muse ini menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow menjadi juri jemputan. – WILAYAHKU
Senarai Pemenang Gegar Vaganza 7
Juara – Cliff Umar (71.42 peratus)
Naib Juara – Muss (67.51 peratus)
Ketiga – Ayu Damit (67.45 peratus)
Keempat – Noraniza Idris (64.23 peratus)
Kelima – Linda Nanuwil (63.28 peratus)
Keenam – Oja (61.7 peratus)
Ketujuh – Ashira (60.9 peratus)