Berita

Chipzy Doryskin jana pendapatan

- Diterbit 12 Julai 2019 1:49 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

KUALA LUMPUR – Chipzy­­ Ventures, pengeluar makanan berasaskan kulit ikan dory optimis dapat mencatatkan jualan seba­nyak 100,000 balang produk tersebut pada tahun ini.

Pengarah Pemasarannya, Norhisham Nordin berkata, sejak dilancarkan pada 8 April lalu, sebanyak lebih 25,000 balang produk Chipzy Dory­skin telah berjaya terjual.

‘’Kami menggunakan pemasaran secara online dan offline untuk memperkenalkan produk kulit ikan dory ini kepada rakyat negara ini.

“Selain itu, kami turut di­bantu oleh stokis dan ejen pemasaran sebagai usaha untuk memasarkan produk ini,’’ katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Kata Norhisham, Chipzy Doryskin merupakan produk kulit i­­­kan dory diimport dari Viet­nam yang diinovasikan menjadi kerepek dengan tiga perisa iaitu Cheezy Salted Egg, Tom Yam Kung dan Hot & Spicy.

‘’Kami sedang meneliti trend peminat terhadap perisa Dory­skin kerana untuk ketiga-tiga perisa ini mempunyai peminat yang tersendiri,’’ katanya.

Kata Norhisham lagi, pihaknya turut membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi stokis dan juga ejen Chipzy Ventures.

‘’Modal yang rendah dan kebolehpasaran produk ini merupakan satu keunikan kepada usahawan dan bakal ­usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini.

“Dengan modal sebagai stokis sebanyak RM576, kami akan membekalkan sebanyak 36 balang produk Chipzy Dory­skin. Ejen pula dikenakan modal­ sebanyak RM228 sahaja iaitu 12 balang produk ber­kenaan,” katanya.

Kata Norhisham lagi, pakej perniagaan yang ditawarkan turut akan diberi beberapa insentif tambahan untuk pembangunan usahawan dibawah seliaan kami.

“Kami menyediakan latihan pemasaran dan jualan serta kemahiran mengendalikan pemasaran melalui online selain membekalkan bahan-bahan pemasaran seperti video dan gambar untuk membantu usahawan mencari pasaran,’’ jelasnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas