Berita

Artwist.Co buka outlet pertama

- Diterbit 12 Julai 2019 1:52 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Syarikat pembuat jam artistik, Artwist.Co bakal membuka outlet sulungnya di Subang Jaya, Selangor pada penghujung Ogos tahun ini.

Pengasasnya, Bostami Ahmad berkata, pembukaan outlet pertama itu dilakukan selepas hampir setahun Artwist ditubuhkan.

Jelas beliau, pada masa ini, jam eksklusif itu hanya boleh didapati secara tempahan atas talian di laman web, www.artwist.co dengan harga serendah RM350 seunit.

“Pasaran kita juga telah menembusi beberapa negara luar antaranya Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Pada tahun ini, kita sasarkan Artwist menembusi pasaran Asia Barat dan syarikat-syarikat korporat manakala pada tahun-tahun berikutnya, Artwist disasarkan untuk dipasarkan ke seluruh dunia,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Menceritakan tentang penubuhan syarikat itu pada tahun lalu, Bostami memberitahu, tujuan utama penubuhan Artwist adalah untuk mengajak orang ramai menghargai seni di samping memberi kelainan dalam se­tiap bentuk estetika pada wajah jam.

Selain itu, katanya, produk jam itu dapat memberi peluang kepada artis seni membina ekonomi serta mengembangkannya ke se­rata dunia dalam bentuk produk eksklusif.

“Ia juga membuka pe­luang kepada syarikat korporat atau institusi memiliki jam tangan eksklusif yang berlogokan entiti masing masing dan sesuai dijadikan hadiah penghargaan atau merayakan peristiwa istimewa,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas