Selebriti

CBO RichWorks cabar Jebat Derhaka, sertai sesi khas Live esok malam tunjuk bukti

|KETUA Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd
- Diterbit 7 Mei 2022 1:01 PM MYT

YOUTUBER bernama Jebat Derhaka dicabar untuk ikuti sesi khas secara langsung bagi melihat bukti-bukti RichWorks melahirkan usahawan jutawan di negara ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, beliau mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat, Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk jemput YouTuber tersebut dan netizen yang ada banyak persoalan.

KETUA Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd.

Katanya, RichWorks pada tahun ini sudah 14 tahun tidak akan mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti.

“Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosomg, sembang kari tak guna.

“Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman,” katanya dalam video yang dikeluarkan petang tadi.

Tambah Radz, semua netizen dijemput untuk melihat sendiri dalam sesi khas itu pada esok malam.

Semalam, Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman turut menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber berkenaan.

Beliau menjawab ‘kontroversi’ lancang YouTuber itu di Rumah Terbuka ahli keluarganya yang diadakan di kediaman ibu tersayang di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, Melaka.

RADZ mengajak semua netizen untuk melihat sendiri jawapan kepada dakwaan Jebat Derhaka dalam sesi khas itu pada esok malam.

Beliau menegaskan, RichWorks sebenarnya sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.

“Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.

“Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap’s, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya,” katanya ketika ditanya mengenai video tular dibuat YouTuber berkenaan mempersoalkan kesahihan RichWorks ketika dalam perjalanan balik raya baru-baru ini.

AZIZAN (Kanan) akan tampil dengan bukti jutawan-jutawan yang pernah dididiknya, sekaligus menafikan dakwaan Jebat Derhaka (kiri).

Tambah Azizan, YouTuber itu boleh tengok sendiri anak-anak muridnya yang dibina dari kosong sampai jadi jutawan.

“Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu.

“Bagi ‘adik’ (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina.

“Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan,” jelasnya.

Azizan memberitahu, jika YouTuber terbabit mahukan buku itu, pihaknya sanggup menghantarkan secara percuma.

“Malah menteri pun ‘endorse’ RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian.

“Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata,” ujarnya lagi.

RUMAH Terbuka anjuran Azizan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Sementara itu, Azizan sempat berseloroh dengan menyatakan dia adalah ‘Tuah’.

“Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah,” katanya.

Terdahulu, Youtuber itu mempersoalkan adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo yang kemudian mendapat perhatian netizen.

https://youtu.be/CYfrU-hV_90

https://vt.tiktok.com/ZSdmYGhKA/

Dia bangkit mempersoalkan billboard RichWorks itu sebab mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan sedangkan nak jadi jutawan ini bukannya mudah.

Rumah Terbuka itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas