
Penceramah ‘cap ayam’?
PROGRAM motivasi mungkin suatu yang agak asing kepada generasi muda terutama yang sudah ada kerjaya atau masih belajar di institusi pengajian tinggi. Mungkin juga ada yang tidak pernah mendengar nama-nama penceramah motivasi popular pada kemuncaknya tahun 1990-an. Populariti penceramah itu pada waktu dulu sama seperti pempengaruh (influencer) pada masa ini.