Berita

Bukan virus ‘super spreader’ – MKN

ORANG ramai perlu sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di kawasan awam.
- Diterbit 2 Oktober 2020 8:41 AM MYT

WALAUPUN kes jangkitan COVID-19 meningkat dalam negara ketika ini, namun ia bukanlah disebabkan virus mutasi ‘super spreader’.

Menafikan dakwaan yang tular di media sosial itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, maklumat tersebut adalah palsu.

“Anda dilarang untuk menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih kerana ia akan mengelirukan orang ramai,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, berita palsu terbabit memberi kesan kepada penerimaan masyarakat apabila maklumat yang sahih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak diterima sepenuhnya.

Ini kerana, mesej tular itu menyebut, virus daripada kluster genom 614 (G614) merebak dengan cepat dan meminta orang ramai melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga.

Turut tersebar, peringkat jangkitan COVID-19 bagi setiap individu dan langkah pencegahan serta kit perubatan yang perlu ada di setiap rumah.

Penyebar maklumat turut mendakwa kanakkanak dan warga emas tidak dibenarkan makan di kedai serta berkunjung ke pusat beli-belah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas