Berita

FAZURA Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Mohon Rahsia Nama Anak

- Diterbit 2 Oktober 2020 7:55 AM MYT

PELAKON popular Fazura yang jugak isteri kepada Fattah Amin selamat melahirkan bayi perempuan hari ini. 

Menerusi instagramnya, Fazura meluahkan rasa syukur dan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakannya selama ini.

Fazura juga memohon masa kepada peminat untuk merahsiakan nama dan wajah anak sehingga bayinya berusia lebih seminggu. 

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. 

“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.

“Salam sayang dari kami bertiga,” kata Fazura dan Fattah lagi.

Sementara itu, peengarahUrusan Universal Music, Kenny Ong, ikut teruja menyambut kehadiran cahaya mata Fazura dan Fattah.

“Saya ikut berbahagia mendapat khabar Fazura telah selamat melahirkan anak sulungnya. Saya ucapkan tahniah dan semoga menjadi ibu bapa yang terbaik buat bayi ini,” kata Kenny Ong.

Terdahulu, Fattah mengumumkan Fazura hamil empat bulan sekitar April tahun ini setelah menikah selama dua tahun.

Dalam pada itu, ramai rakan-rakan artis turut mendoakan dan mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah di ruangan komen antaranya Mira Filzah, Lisa Surihani, Alvin Chong, Bella Astillah, Kilafairy, Tomok, Yuna, Dayah Bakar, Fathia dan ramai lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas