Berita

Budaya baca akhbar di sekolah bantu perkasa bahasa Melayu – KPM

- Diterbit 14 Mac 2024 9:05 AM MYT

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengambil inisiatif untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Bagi menjayakan inisiatif itu, KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan inisiatif itu dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas