Berita

Bubur Kak Ros ‘penyeri’ Ramadan

Kak Ros mengagihkan bubur lambuk kepada kariah Masjid Jamek Kajang selepas solat zohor semalam. Kak Ros mengagihkan bubur lambuk kepada kariah Masjid Jamek Kajang selepas solat zohor semalam
- Diterbit 6 April 2021 8:04 AM MYT

SEBANYAK 25 jenis rempah ratus ditumbuk menjadikan bubur kak ros pilihan utama orang ramai menjelang Ramadan.

Menggunakan resepi yang mudah namun ia berjaya menambat hati penggemar bubur lambuk.

Mahani Ros, 50, berkata dia hanya menggunakan resepi asas dalam memasak bubur lambuknya.

“Resepi asasnya kami guna lebih kurang 25 rempah ratus yang ditumbuk menggunakan batu lesung.

“Bagi saya sesuatu makanan itu lebih asli rasanya apabila ditumbuk seperti sambal belacan berbanding menggunakan alat pengisar makanan,” ujar Kak Ros yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia masakan.

Menurut Mahani, daging lembu tempatan digunakan dalam resepinya menjadikan bubur lambuk tersebut tidak terlalu kosong dan padat dengan rasa secukupnya.

Persiapan yang dilakukan untuk memasak bubur lambuk bermula pada pukul 8 pagi dan siap pada 12 tengahari serta mengambil masa setengah jam untuk membungkus bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai, katanya apabila ditanya mengenai persiapan membuat bubur lambuk

ABDUL HALIM ABDUL SAMAD

Dalam pada itu, Abdul Halim Abdul Samad, 60, memberitahu, keunikan rasa yang berbeza dengan bubur lambuk yang lain membuatkan bubur kak ros manjadi pilihan utamanya.

“Rasa lemaknya, masinnya semua cukup dan tidak terlalu sarat dengan rasa rempah ratus sebab itu saya suka.

“Buburnya tak terlalu cair dan rasanya sama sampai sekarang sebab saya dah lama makan bubur kak ros ni,” kata Abdul Halim yang merupakan penggemar bubur kak ros.

Matlamat utama kak ros adalah untuk membantu orang yang kurang berkemampuan dengan memberi makanan secara percuma.

Untuk tempahan boleh hubungi 011-51236298 atau 016-3949761. Sumbangan bahan mentah juga boleh dibuat melalui Akaun Aksara Mind Services, Bank Islam (12092010047115) atau Cimb Bank (86044633198). – WILAYAHKUDIANA SYUHADA MOHD AMIR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas