Selebriti

Bongkar kisah cinta dalam lagu, siapa kekasih Mummy Jerung Merah?

|SOFIAA Marieylla yang juga dikenali sebagai Mummy Jerung kini muncul dengan lagu pertamanya berjudul Akulah Jerung Merah
- Diterbit 31 Oktober 2021 9:41 AM MYT

SELEBRITI media sosial yang kini bergelar penyanyi, Mummy Jerung bongkar kisah cinta dalam lagu pertamanya berjudul Akulah Jerung Merah.

Wan Siti Mariam Wan Mahyudin,24, atau lebih glamour dengan panggilan Sofiaa Marieylla di laman sosialnya seperti TikTok, dengan jumlah pengikut seramai hampir sejuta dan mempunyai lebih daripada 17 juta sukaan, kini boleh berbangga apabila beliau disunting secara rasmi menjadi artis di bawah naungan Rocketfuel Indie Space Station (ISS) yang merupakan pembahagian (division) terbaharu Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

‘Akulah Jerung Merah’ merupakan sebuah lagu bergenre pop rancak Kemelayuan yang santai dengan ritma yang catchy bagi menambat hati para pendengar.

Siapakah agaknya pemuda yang diceritakan dalam lagu Akulah Jerung Merah ciptaan Hadi Rumnan dan penulis lirik berbakat, Ajim Maze.

“Jalan cerita lagu ni simple je, ia mengenai Mummy Jerung iaitu saya sendiri yang melalui proses percintaan bersama seorang pemuda dengan pengakhiran yang bahagia, kiranya sehingga ke jinjang pelamin.

“Saya juga amat teruja dan terkejut di mana proses rakaman lagu serta pembikinan video muzik (MV) dapat disiapkan dalam beberapa hari saja oleh pihak Rocketfuel yang sangat profesional. Memang bestlah bekerja dengan team Rocketfuel!” Katanya yang menghargai peluang yang diberikan.

SOFIAA Marieylla yang juga dikenali sebagai Mummy Jerung kini muncul dengan lagu pertamanya berjudul Akulah Jerung Merah

Menurut Sofiaa, bukan mudah untuk dirinya menjadi penyanyi sehinggalah bakatnya dikesan oleh syarikat rakaman, Rocketfuel Entertainment.

“Ramai yang tak percaya pada mulanya, akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan dalam bidang perniagaan, dapat juga saya hadir dengan single sendiri.

“Umum yang semua ketahui, tagline Skuad Jerung Merah yang merupakan sebahagian daripada gimik pemasaran perniagaan saya di media sosial sangat sinonim dengan saya, sehinggalah video-video tersebut menjadi viral di TikTok dan disebut-sebut masyarakat Malaysia.

“Dan tak disangka-sangka, rupa-rupanya pihak Rocketfuel berkenan menjadikan saya sebagai artis rakaman dan saya terima pelawaan tersebut dengan hati yang terbuka kerana inilah peluang keemasan yang saya nanti-nantikan selama ini,” tambahnya lagi.

Jerung Merah merupakan signifikasi yang ingin Sofiaa tonjolkan selain menjadi sebahagian daripada teknik pemasaran yang dijalankannya.

Beliau juga ingin dikenali sebagai ‘Mummy Jerung’ dan ingin mengumpul lebih ramai lagi ‘anak-anak’ Jerung melalui Skuad Jerung Merah yang ditubuhkannya beberapa tahun yang lalu.

“Ramai yang nak tau, kenapa Jerung Merah? Jawapannya mudah, sebab jerung kan suka ngappp! Dan Jerung Merah ialah Sofia Marieylla sendiri,” katanya mudah.

Sofiaa juga berharap percubaan pertamanya sebagai penyanyi ini diterima masyarakat.

“Saya yakin dengan kerjasama padu Rocketfuel ini dalam mengembangkan karier saya sebagai penyanyi supaya lebih meluas dan me-roket sehingga ke angkasa!
“Semoga single ‘Akulah Jerung Merah’ mendapat tempat di hati para pendengar masyarakat Malaysia dan berilah peluang buat anak tempatan untuk terus maju jaya dalam pebagai bidang,” jelasnya lagi.

Menurut Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment dan ISS, Jipie, Sofiaa mempunyai peluang ceraj dalam bidang nyanyian.

“Saya nampak potensi yang ada pada Sofiaa sebagai penyanyi, beliau mempunyai suara yang bagus yang boleh diketengahkan ke arena mainstream, selain mempunyai pengikut yang ramai di media sosial ditambah pula dengan konten-kontennya yang viral.
“Skuad Jerung Merah yang dimulanya mempunyai rangkaian di serata negara, dan dengan lahirnya single ‘Akulah Jerung Merah’, moga lebih ramai lagi yang akan menyertai skuad tersebut.

Lagu ‘Akulah Jerung Merah’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube RocketFuel Network. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas