Berita

Boleh bergerak lebih 10km, rentas negeri masih dilarang

PERJALANAN rentas negeri masih tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB. Gambar hiasan ANGGOTA polis trafik mengawal kenderaan dari ibu kota menghala ke Petaling Jaya. Gambar IPD Petaling Jaya
- Diterbit 4 Mei 2020 10:14 AM MYT

PUTRAJAYA – Orang ramai kini boleh bergerak melebihi 10 kilometer (km) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, pergerakan rentas negeri masih dalam senarai dilarang kerajaan.

“Justeru rentas negeri adalah dilarang semasa PKPB atau PKP kelima ini,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Menurut beliau, fokus penguatkuasaan PKPB oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak penguatkuasa lain adalah pematuhan prosedur standard operasi.

Ismail Sabri menambah, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa sepanjang PKPB.

“Ramai terkeliru sebab PKP kelima ini kita panggil PKPB. Statusnya sama walaupun namanya PKPB tetap PKP walaupun ada B dihujungnya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, mana-mana pemilik perniagaan yang ingkar boleh dikenakan undang-undang termasuk penutupan operasi perniagaan mereka. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas