Berita

Bob Lokman meninggal dunia

- Diterbit 23 September 2022 8:19 AM MYT

PELAKON, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman,58, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada jam 2 petang tadi akibat komplikasi jantung dirumahnya di Kubang Kerian Kelantan.

Beliau dilahirkan pada tahun 1964 di Kubang Kerian Kelantan, beliau merupakan pelakon & penyanyi sejak tahun 1988.

Antara filem & drama lakonan beliau adalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1.com.my, Tentang Bulan Series, filem pertama beliau adalah Yes Tuan pada tahun 1996, Iskandar 2003, Jin Notti, Santau 2009, Zoo, Mantra 2010 dan Sekali Lagi 2011.

Bob Lokman juga adalah antara komposer dan penulis lirik hebat dan pernah menghasilkan lirik lagu popular Isabella.

Beliau meninggalkan seorang balu Relawati Daud dan 8 orang anak (1 meninggal dunia)

Jenazah beliau kini berada di rumah arwah di Kubang Kerian Kelantan, Jenazah akan dibawa ke Hospital Kubang Kerian jam 6 petang untuk urusan seterusnya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balik Pulau Kubang Kerian Kelantan selepas solat Isyak hari ini. – WILAYAHKU

 

 

 

Perkara ini disahkan isteri Allahyrham Relawati Daud ketika dihubungi rakan rapatnya, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas